● Strategi pengajaran yang berpusatkan murid agar setiap murid berinteraksi antara satu sama lain dengan melibatkan diri dalam sesi perbincangan, berkongsi idea dan pengalaman di samping meningkatkan rasa tanggungjawab dalam pasukan.
● Semarakkan lagi suasana pembelajaran dengan alunan muzik, lawak jenaka serta penggunaan pelbagai sumberpengajaran menerusi komputer multimedia, video, persidangan video atau terus keluar dari kawasan sekolah denganlawatan ke Pulau Ubin, Marina Barrage dan Kampung Gelam.
● Hidupkan minat membaca dan menulis murid-murid anda! Serlahkan bakat penulisan mereka dengan berkenalan dengan penulis tempatan danluar negara yang akan berkongsi tips penulisan. Pasti ada sesuatu yang berguna untuk dipelajari!
● Luaskan genre penulisan murid-murid anda! Hasilkan puisi, sajak dan senikata lagu bersama selebriti tempatan – Zubir Abdullah dan Nuradee
Bengkel Penulisan Kreatif untuk sekolah rendah dan sekolah menengah