Sign In
Riang Ria Club
Read/Sign Guest Book
Pusat Karya
E-Cards
E-Games
Work Sheet
Top Bloggers
 
Radio ERA

Radio...

 
GUMBIRA.COM
 
4Life
 
Recent Writeups
MATLAMAT
Apa yang akan dimanfaatkan dari bengkel ini adalah sejajar dengan konsep `Drama dalam Pendidikan’ (Drama in Education) dimana setiap peserta dilatih supaya menjadi individu yang unggul (unique) yang menguasai kemahiran bahasa (berkomunikasi) dan mampu menampilkan diri dengan penuh keyakinan.
 
Pemerolehan kemahiran bahasa ini merupakan teras & penguasaan bahasa.
 
KEMAHIRAN MENDENGAR – Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi pengucapan seperti perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual. Murid juga berupaya memberikan tindak balas yang wajar.
 
KEMAHIRN BERTUTUR - Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan diberikan kepada kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan tatabahasa yang betul.