|

Terdapat tiga buah cerita menarik di dalam CD interaktif ini. Antara cerita yang dipaparkan ialah Siapakah yang Lebih Tua, Belajar Menulis dan Membaca serta Sang Tupai dan Ciak Padi. Ketiga-tiga cerita ini disertakan dengan animasi cerita yang menarik juga berserta dengan klip video informasi, oleh-oleh berupa screensaver dan wallpaper dan permainan. Selain itu, CD ini juga mengandungi syair, informasi dan permainan yang menarik minat kanak-kanak. Segmen informasi memuatkan video yang menerangkan serba ringkas mengenai pelbagai jenis burung dan unggas. Di samping itu, kanak-kanak dapat mengetahui kisah-kisah zaman dahulu seperti kepercayaan dan nilai kebudayaan masyarakat zaman silam dan juga dapat menghayati sastera tradisional.
|