Karangan : Peribahasa Atau Congan Kata

 


Karangan jenis peribahasa atau cogan kata:

Karangan jenis peribahasa atau cogan kata memerlukan kamu menerangkan makna peribahasa
atau cogan kata yang di beri. Gaya penulisan karangan jenis ini terbahagi kepada dua
iaitu dengan cara huraian atau pun bercerita. Kamu hendaklah terlebih dahulu memahami
maksud peribahasa atau cogan kata yang di beri supaya dapat mengarang dengan betul.


Soalan-soalannya:

1.Tuliskan sebuah karangan yang berakhir dengan peribahasa 'nasi sudah menjadi bubur'.
2.'Genggam bara api biar sampai jadi arang'. Tuliskan sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut dengan mengaitkan usaha-usaha kamu untuk berjaya dalam pelajaran hingga berjaya ke menara gading.
3.'Bersatu teguh, bercerai roboh'. Kaitkan peribahasa ini dengan keperluan mengamalkan peribahasa tersebut dalam usaha-usaha mengekalkan keharmonian kaum dalam negeri kita ini.
4.'Ukur baju di badan sendiri'. Tuliskan sebuah cerita mengaitkan peribahasa ini dengan situasi kehidupan seharian kamu.
5.Negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan jumlah mereka yang menganggur semakin bertambah. Apakah peranan kamu untuk mengatasi situasi ini dengan mengaitkan isu ini dengan peribahasa, 'sediakan payung sebelum hujan'.
6.'Harapkan pagar, pagar makan padi'. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk tersebut dengan mengaitkannya terhadap situasi di sekolah atau penahanan pegawai kerajaan kerana makan suap.
7.'Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah'. Tuliskan sebuah karangan dengan mengaitkan cogan kata tersebut dalam cerita kamu.