| a. | Apakah kejadian yang kamu mahu laporkan?
|
| b. | Di manakah kejadian itu berlaku? |
| c. | Siapakah yang terlibat dalam kejadian itu?
|
| d. | Bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku ? |
| e. | Bilakah kejadian itu berlaku (tarikh atau masa) |
| f. | Mengapakah kejadian itu berlaku? |
| g. | Apakah yang berlaku seterusnya (seperti tindakan atau langkah selanjutnya)
|
| h. | Bagaimanakah pengakhir kejadian itu? |
| i. | Apakah kesan atau akibat daripada peristiwa tersebut? |
| 1. | Kamu di tugaskan membuat liputan acara merentas desa tahunan yang di anjurkan oleh sekolah kamu. Tuliskan berita mengenai acara tersebut untuk majalah sekolah kamu. |
| 2. | Tuliskan sebuah berita mengenai kemalangan jalanraya yang kamu saksikan di dalam perjalanan ke sekolah. |
| 3. | Sebagai wartawan, kamu telah di minta membuat liputan tentang suatu acara sukan. Tuliskan laporan berita kamu itu dengan lengkap. |
| 4. | Tuliskan sebuah berita yang sungguh menyedihkan. Minta simpati pada pembaca dari kejadian dalam liputan berita kamu itu. |
| 5. | Tuliskan sebuah berita mengenai perasmian sebuah pusat teknologi maklumat yang serba canggih di sebuah kawasan perumahan. |
| 6. | Kamu telah membuat liputan berita dalam majlis pertandingan berpidato. Tuliskan berita mengenai majlis tersebut. |
| 7. | Kamu telah ditugaskan membuat liputan berita tentang semakin meningkatnya peratusan belia yang merokok dan melepak di kolong-kolong blok. Kamu telah berpeluang berjumpa dengan sekumpulan belia yang melakukan perbuatan tersebut. Tuliskan berita tentang kejadian itu. |
| 8. | Teman baik kamu adalah seorang pemain bolasepak/ pemain badminton negara. Kamu telah mendapat suatu berita ' hangat' mengenainya. Tuliskan berita tergempar kamu itu yang akan di muatkan dalam akhbar mingguan. |
| 9. | Kamu telah berpeluang menjamu selera di sebuah restoran bersama keluarga. Restoran itu menghidangkan makanan yang enak-enak serta harganya yang berpatutan. Tuliskan suatu berita mengenai restoran ini untuk memperkenalkannya kepada pembaca-pembaca yang lain. |
| 10. | Seorang penyanyi terkenal akan mengadakan persembahan di estet perumahan kamu. Tuliskan suatu berita mengenai kunjungan beliau. |