| 1. | Tuliskan sebuah cerita mengenai pengalaman kamu yang pernah hampir maut. Bayangkan kamu sedar apa yang berlaku kepada kamu tetapi kamu tidak boleh berkata-kata dan orang-orang di sekeliling kamu menganggap kamu tidak sedarkan diri dan tiada harapan untuk hidup. |
| 2. | Bayangkan manusia boleh membina rumah di dalam dasar lautan atau di salah sebuah planet di cakerawala. Ceritakan bagaimanakah cara hidup manusia di tempat-tempat begini. |
| 3. | Kamu bersama keluarga mengalami suatu kemalangan jalanraya yang mengerikan pada tengan malam berhampiran dengan sebuah tanah perkuburan. Ceritakan keadaan kamu dan ahli keluarga kamu yang lain sehinggalah hari siang atau sehingga kamu dapat pertolongan. |
| 4. | Kamu telah terlibat dalam satu kejadian menyelamatkan pelajar-pelajar dari sebuah sekolah kanak-kanak cacat yang terbakar. Gambarkan keadaan tempat kejadian dan kepayahan yang mungkin timbul dalam kerja-kerja menyelamat. |
| 5. | Bayangkan kamu Si Tanggang. Kamu baru sahaja di sumpah ibu mu menjadi batu. Hujan, kilat dan guruh kedengaran di langit. Ceritakan perasaan kamu dan ikhtiar mu untuk menemui ibu mu semula kerana kamu telah menyesal akan perbuatan kamu itu sebelum kamu bertukar menjadi batu. |
| 6. | Bayangkan kamu bumi ini. Apakah perasaan dan tindakan kamu setelah begitu lama di cemari dan di sakiti. Apakah tindak balas yang akan kamu ambil terhadap manusia perosak diri mu dan apa yang terjadi pada diri kamu sekarang ini. |
| 7. | Kamu baru pulang dari sekolah; kamu menaiki lif untuk pulang. Tiga orang pelajar sekolah rendah menaiki lif bersama kamu. Tiba-tiba lif berhenti dan keadaan menjadi gelap di dalam lif. Apakah perasaan kamu dan tiga orang murid tersebut. Apakah yang kamu lakukan dalam keadaan tersebut. |
| 8. | Kamu bersama sekumpulan pelajar yang lain sedang berjalan pulang sambil bergurau-senda. Tiba-tiba seorang teman kamu menepuk bahu kamu dan menunjuk ke suatu arah di depan kamu. Ceritakan apakah yang kamu lihat dan bagaiamanakah kesudahan cerita tersebut. |
| 9. | Tuliskan suatu cerita mengenai tapak sekolah kamu. Bayangkan apakah tempat itu sebelum sekolah kamu di dirikan di situ. |
| 10. | Setelah sesuatu terjadi pada diri kamu, kamu mempunyai suatu kuasa luar biasa. Tuliskan satu cerita mengenai kuasa kamu itu dan apa yang kamu lakukan dengan kuasa itu. |
| 11. | Sepuluh tahun dahulu kita tidak pernah bayangkan akan kewujudan alat kelui dan telefon bimbit yang penggunaannya begitu meluas. Bagaimanakah agaknya sepuluh atau lima belas tahun lagi sistem telekomunikasi kita akan berkembang dan bagaimanakah telefon bimbit kita pada masa itu. |
| 12. | Kamu pernah dengar cerita mengenai Fort Canning atau Bukit Larangan. Jika ya, kamu boleh mengolah cerita yang kamu pernah dengar di sini dan jika tidak, reka sebuah cerita mengenai tempat tersebut. |
| 13. | Bagaimanakah majlis perkhawinan kamu akan di adakan? Nyatakan persiapan-persiapan dan apa yang akan kamu lakukan pada hari tersebut jika kewangan bukan menjadi suatu masalah. |